OBJEKTIF JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN - Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan yang melibatkan pelajar. - Merancang, mengurus, mengawal dan memastikan pengurusan pentaksiran dilaksanakan dengan adil, sahih dan amanah. - Menyedia segala kemudahan untuk menjamin keselesaan semua calon yang mengambil peperiksaan. - Memproses dan mengeluarkan keputusan dan sijil semua peperiksaan kepada pihak yang berkenaan sebaik sahaja diterima daripada badan-badan peperiksaan. - Menyediakan analisis dan laporan terperinci pencapaian calon dalam semua peperiksaan dan menyalurkan maklumat berkenaan kepada pihak panitia dan pentadbiran.
FUNGSI JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN - Mengurus dan mengendalikan semua jenis peperiksaan awam kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut prosedur yang ditetapkan. - Menjalankan proses pendaftaran peperiksaan awam mengikut prosedur. -- - Menyemak pendaftaran peperiksaan yang dikendalikan dengan teliti - Menerima, menyimpan, menyemak dan mengedar kertas soalan peperiksaan awam mengikut prosedur keselamatan - Menyampaikan keputusan peperiksaan awam ke tangan calon dalam keadaan teratur dan betul